Monday, October 11, 2010

Najib Razak

Ahli UMNO seluruh nya,harus duduk bertenang dan berfikir dengan kepala yg waras dan matang kali ini,mereka² kena berenti jap berfikir menggunakan kepala lutut..
Gua saran kan dkt semua ahli UMNO,supaya bersepakat bersepadu untuk membuat perubahan dan desakan untuk menurunkan pemimpin nombor wahid anda ni..
Semakin lama gua rasa org tua ni dah semakin kacau,makin hari gua tengok statement yg dia keluarkan menjadi damage yg besar,bukan saja buat pembangkang,tapi jugak utk UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Gua mintak sangat²,ahli grass root UMNO supaya menilik dan menilai,dan bertindaklah dengan rasional.Pemimpin lu org skang dah sangat terdesak utk mendapat kuasa dan kepercayaan,hingga dia dah tersasul terlalu banyak,dan damage yg dia buat makin hari makin parah..
Bangkit lah Melayu UMNO...tunjuk kan dkt dunia,korang masih ada telor.

Monday, September 20, 2010

Ini HINT

Utusan Malaysia 18 Sep 2010
 
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketaksuban enam pekerja Ladang Gadong, Tanjung Sepat terhadap majikan dikatakan mendorong mereka untuk memukul sehingga mati jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
 
Mereka kemudiannya membakar mayat mangsa sebelum abunya dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu melibatkan lapan suspek, bukan 17 orang seperti dilaporkan akhbar sebelum ini.
 
"Kita percaya enam suspek yang merupakan pekerja dua peguam itu begitu taksub dengan majikannya kerana rata-rata mereka sudah bekerja selama 15 tahun dengan mereka.
 
"Hasil pengakuan suspek, Sosilawati dan tiga rakannya diikat, dipukul dan ditikam sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.
 
"Mereka bukan ahli kumpulan samseng tetapi suspek pekerja terbabit terlalu taksub dengan arahan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Yes!!
Ini HINT yg gua nanti-nanti kan...rentetan dari HINT ni,sama² lah kita saksikan drama OCJ ni ending nya mcm mana.teng teng teng...Malaysia Boleh!! Go Go Rangers Go..
Betul atau salah,gua bukan nostradamus.tapi nurani gua mengatakan.........

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels