Monday, October 20, 2008

Insiden Rumah MB Dirompak, RM2 Juta Disyaki Dibawa Lari !!

Semalam, kami ada mendedahkan perihal rumah MB Pahang, Adnan Yaakob dirompak. Dipercayai wang berguni yang disimpan dalam sebuah bilik telah dibawa lari oleh penjenayah terbabit tanpa disedarinya. Adalah dipercayai kerja-kerja itu dilakukan oleh "orang dalam" yang memang mengetahui selok belok dalam rumah MB Pahang itu. Maka, jika orang dalam pastilah tidak lari dari untuk kita mengesyaki pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak, tukang cuci, pemandu atau pihak polis yang menjaga kediaman MB itu.

Khabarnya "seguni duit" telah dibawa lari dan berguni-guni lagi terpaksa ditinggalkan gara-gara "berat" atau takut diketahui oleh MB Pahang itu agaknya. Maklumlah, Adnan mungkin tidak menyedari "guni duit" tersebut dan hanya dibiarkan sahaja didalam bilik terbabit tanpa mengesyaki sesuatu. Ini bermakna, ada banyak lagi guni duit yang tersimpan dalam rumah MB Pahang itu.

Menurut sumber kami, wang-wang tersebut telah dihadiahkan oleh beberapa orang "tokey balak" untuk digunakan sebagai belanja perkahwinan anak Adnan tidak lama lagi. Maka, Adnan tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank. Mungkin takut disyaki itu adalah wang rasuah. Lalu disimpanlah ia di dalam rumah untuk keselamatan. Mungkin sudah rezeki perompak terbabit, agaknya sudah berhari-hari mengemas rumah dan melalui timbunan guni duit tersebut akhirnya beliau tidak tahan lalu mengambil salah satu guni duit berkenaan. Mungkin juga beliau tidak mahu kempunan seperti apa yang berlaku di zaman Khalil Yaakob, apabila seorang pendawai elektrik membiarkan sahaja guni-guni duit yang disimpan di atas syiling rumah MB ketika itu tanpa mengambilnya. Akhirnya kempuna begitu sahaja tanpa mendapat satu sen pun.

Tetapi, perompak rumah Adnan lebih bijak. Alang-alang menyelok pekasam , biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak kaya, biar curi terus duit seguni. Lagipun mungkin beliau terfikir Adnan akan mendapat lagi hadiah berguni-guni duit selepas ini. Maklumlah Menteri Besar, sudah pasti wang akan mengalir di rumahnya seperti air di kali. Maka diambil karung guni wang tersebut dan dibawa lari. Masalah yang timbul sekarang ialah Adnan tidak boleh tidur lena mengenangkan kehilangan wang tersebut. Kecoh disana sini beliau menghemburkan cemuhan kepada perompak terbabit.

Hingga akhirnya terpacullah berita itu di Pejabat Menteri Besar yang akhirnya diterima oleh kami. Kejadian yang berlaku pada hari Ahad 5 Oktober lalu tidak pula dilaporkan kepada pihak polis. Khabarnya Adnan hanya memberi kata dua kepada semua kakitangan yang berkerja di kediamannya itu. Bahkan ada juga yang diberikan cuti untuk disiasat agaknya. Polis yang rapat dengan Adnan juga tidak mendedahkan perkara ini kepada pihak atasan hatta bos mereka sendiri. Namun "mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia tak siapa yang tahu". Akhirnya berita ini tersebar dari mulut ke mulut. Barulah rakyat Pahang tahu "pekong" Adnan selama ini. Berselindung disebalik ketegasan dan kewarakannya.

Akhirnya tersebarlah berita ini di jabatan-jabatan kerajaan di Kuantan dan Pahang amnya. Ia sungguh memalukan dan merosakkan imej Adnan Yaakob, MB Pahang terulung abad ini. Mana Adnan mahu letakkan muka lagi, semua orang sudah tahu. Beliau boleh menyatakan semua ini "fitnah" semata-mata. Namun, bak kata pepatah Melayu "kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang". Terbaru , kami difahamkan bahawa jumlah kehilangan wang terbabit mencecah RM2 Juta ringgit !!. Patutlah Adnan "mandi tak basa tidur tak lena", bagaikan "lipas kudung" beliau mencari perompak terbabit.

Namun setakat ini masih gagal ditemui, mungkin agaknya perompak tersebut sudah lari keluar negeri. Ikhtibarnya buat puak-puak UMNO disini ialah, jiwa ada wang yang banyak usah di simpan di dalam rumah biarpun wang itu adalah wang "rasuah". Jika berlaku kes seperti Adnan ini, bukankah ia amat merugikan. Dua kali rugi, satu rgi dapat "dosa terima duit rasuah" dan satu lagi rugi sebab "duit rasuah yang diterima pula dicuri orang". Sebenarnya, ramai lagi pemimpin UMNO Pahang yang menyimpan wang di rumah, ini berikutan mereka takut kes rasuah mereka terbongkar jika duit itu dimasukkan ke dalam bank. Ingatlah, di dunia boleh terlepas tapi di akhirat terimalah balasannya nanti !
Sumber :Pahang Daily

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels