Thursday, March 26, 2009

RIMAS!MUNTAH DARAH
























Rimas.Rimas sungguh dengan suasana politik Malaysia masa ni.
Rimas.Rimas sungguh dengan isu saman menyaman
Rimas.Rimas sungguh dengan isu rasuah
Rimas.Rimas sungguh dengan isu.
isu.isu.
Macam² isu menerjah kepala otak aku tiap² hari.Orang² politik ni takmo berenti ke menceceh pasal hal nak mendapatkan kuasa dan pangkat.Tak reti tengok iklim dan ekonomi dunia ke.Tak tau ke betapa ekonomi kapitalis dah nak hancur lebur.
Tak nampak ke rakyat terkial-kial mencari sesuap nasi.
Macam mengemis layak nya.
Orang² dari Negara Maju sebok mencari jalan dan usaha nak selamatkan ekonomi rakyat dan negara,pemimpin dan ahli politik kita sebok mencari jalan untuk memenangi pertandingan mendapat kan kuasa.
Sikit hari lagi PRK bakal menjelma lagi,dan entah berapa banyak duit perlu dilabur dan dihamburkan untuk kerja jentera parti yg bertanding.Entah berapa puluh juta lagi hangus begitu saja.
Pada pandangan org marhaen mcm kita,mmg ianya hangus begitu saja,hanya beberapa puloh juta,bagi ahli politik,itu hanyalah "biasa² saja"
Tapi bagi marhaen mcm kita,betapa besar nya "juta" itu,jika diagih-agihkan sebagai pinjaman untuk kita berniaga,berapa ribu peniaga yg dapat menyelamatkan perniagaan masing² yg kelemasan dek kelembapan dan kehancuran ekonomi Global ini.
Tapi sape kita?
Muntah darah sekalipon,kita takkan jadi sape²,cakap² kita hanya dibawa angin,takda makna dan kesan pada sape².
Meraung,melalak lah kita siang malam pada ketidakadilan ini.Muntah darah la kita siang dan malam,takan ada sape² pon kesah.
Lemas dan rimas.
Wahai pakcik² ahli politik sekalian.
Duduk lah bersama,berdiskusi,berlapang dada dan kepala otak.Cari lah ikhtiar untuk membantu rakyat marhaen sekalian nya ini secara ikhlas,demi kerana Allah.Allah yg menjadi Tuhan Mu,dan juga Tuhan ku.

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels