KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini menambah ganjaran daripada RM10,000 kepada RM20,000 kepada sesiapa yang ada maklumat hingga tertangkapnya Abdul Kahar Ahmad Jalal, 59, yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’.
Ganjaran itu dinaikkan sebagai bukti kesungguhan Jais untuk menahan pemimpin ajaran sesat itu selepas ganjaran RM10,000 yang ditawarkan April lalu tidak banyak membantu.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata mungkin orang ramai tidak ambil kisah dengan tawaran dibuat sebelum ini kerana jumlahnya kecil.
“Mungkin jumlah RM10,000 kecil dan berkuatkuasa serta-merta Jais menaikkan jumlah ganjaran kepada RM20,000 sebagai tawaran menahan penjenayah syariah paling dikehendaki itu.
“Kami pohon supaya mana-mana individu di luar sana yang ada maklumat berkaitan Abdul Kahar menyalurkannya kepada Jais supaya kita dapat menyelamatkan akidah penganut Islam yang terpedaya atau kini dipujuk menyertainya,” katanya.
Abdul Kahar kini dikategorikan sebagai pesalah jenayah syariah paling dikehendaki di Selangor selepas lebih 10 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya sejak 2005.
“Pegawai Jais berkali-kali hampir berjaya menahannya tetapi hanya terlewat sedikit, menyebabkan Kahar dapat meloloskan diri.
“Jais mahu menyelesaikan kes ini secepat mungkin kerana sudah lama tertangguh selain bimbang lebih ramai umat Islam terpesong akibat ajaran sesatnya,” katanya.
Menurutnya, Jais akan membuat poster baru berkaitan tawaran berkenaan sebelum ditampal di lokasi strategik menggantikan poster lama.
“Kami tidak mampu membanteras kegiatan ajaran sesat secara bersendirian. Kami harap lebih ramai tampil menghulurkan bantuan demi agama Islam yang suci,” katanya.
Sementara itu, ketika Jais mempertingkatkan usaha menangkap Abdul Kahar, anak sulungnya, Mohd Zul Helmi, 35, pula seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan menunjukkan sikap ‘besar kepala’.
Ini terbukti apabila dia ligat mempromosi ajaran ayahnya menerusi blog, malah sanggup ‘mengiklankan’ wajah bekas isteri dan anaknya yang ‘diburunya’ sejak sekian lama di laman ‘Facebook’ di Internet.
Metro Ahad difahamkan, Zul Helmi yang menggunakan nama Zul Kahar cuba mempengaruhi orang ramai membantunya mengesan kedudukan bekas isterinya yang kini hidup umpama pelarian demi menyelamatkan akidah anaknya daripada ‘direkrut’ sebagai pewaris ‘Rasul Melayu’.
Antara ‘iklan’ yang diuar-uarkan di dalam Facebook Zul Kahar adalah ‘My Missing Family’ (keluarga saya yang hilang) dan ‘Angkara Belia Iblis Malaysia — Abim & the gangs’.
Pada ruangan ‘keluarga saya yang hilang’, Zul Kahar meletakkan fotonya bersama bekas isteri dan anaknya manakala dalam ruangan ‘Angkara Belia Iblis Malaysia — Abim & the gangs’, Zul Kahar turut meletakkan foto bekas isteri dan anaknya.
Lelaki itu turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) yang didakwanya membantu menyembunyikan bekas isteri dan anaknya.
Zul juga tidak berpuas hati dengan usaha bekas isterinya menggunakan nama samaran terhadap anaknya yang tidak meletakkan bin Mohd Zul Helmi, sebaliknya hanya menggunakan nama Helmi.
Menerusi ulasannya, Zul cuba mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bekas isterinya dan Abim berniat jahat menculik anaknya dan menukar nama mereka tanpa persetujuannya, sedangkan penggunaan nama itu hanya sebagai langkah keselamatan bagi mengelak Zul mengesan bekas isteri dan anaknya.
Dalam pada itu blog dikendalikan Zul secara terang-terangan meletakkan foto Abdul Kahar dan nama Abdul Kahar Ahmad, Rasul Allah pada setiap kenyataan dikeluarkan.
Blog itu beroperasi sejak Mei 2007 dan sehingga kini dikunjungi lebih 3,000 orang. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung meluahkan perasaan tidak puas hati dan mengutuk dua beranak itu.
Ada yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan daripada pihak berkaitan yang sepatutnya mampu dan mempunyai kuasa untuk menutup blog itu.
wahai umat manusia,ingatt..tiada TUHAN selain drpd ALLAH S.W.T dan nabi Muhamad itu pesuruh ALLAH..~X(
Cakap banyak tkda.Gua declare ini org mental disorder.Gua dah baca banyak artikel yg pakcik ni post kt blog dia,dan kesimpulan gua,sesiapa je yg mampu ikut pakcik ni,mmg makam mental rosak peringkat tertinggi,tu je yg mampu gua buat konklusinya,lain tarak.
Nak jugde dgn ilmiah,bagi gua,blom tahap gua nk judge pakcik ni dgn tahap ilmiah,sbb sebenarnya takda satu benda yg dia tulis tu bersifat ilmiah,semua yg ditulis hanyalah mainan kata² dgn level pemikiran yg sangat rendah.
Memang sesuai la pemikiran dia dgn tahap pendidikan dia takat darjah 6,dan pengikut² dia,walaupon dari pelbagai golongan,ada peguam dan sebagainya,mereka² itu telah Tuhan gelapkan hati untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian pada segala persoalan yg pakcik ni lontarkan,walhal,perkara² yg pakcik ni takwilkan hanyalah benda² bongok yg budak² kecik pon tak kuasa nk melayan.
Cuma satu hal yg gua mushkil kalo bab penguatkuasaan ajaran sesat ni,dari dulu lagi,gua amat meragui keberkesanan enforcement jabatan agama islam,lambat,kurang berkesan,pastu ada sesetengah kes berulang.
Ayah Pin sampai ke sudah tk dpt nk detect lagi sembunyi kt mane,Kahar pon masih tk dpt tangkap lagi.Ustad Ashaari pon masih bebas bergerak kesana sini.
Apa mungkin keterlibatan para V.I.P dalam kumpulan² ajaran sesat yg menyebabkan usaha² pembenterasan amat sukar?
Gua mintak campor tangan politician la pulak dlm hal ni,tk kira la dari pembangkang ke dari kerajaan UMNO ke,pls..mintak sesangat seme pakat² alert dgn benda ni,kurang²kan la sket pasal Unity Government yg gua nampak cam sial je.
PAS gua rasa amat² perlu utk force isu ni,bukan ke seme aspek hidup ni adalah politik?So?Korang para politikus pikir la pulak,gua cukup takat ni udah la,sbb gaji gua tk sebesar ahli² politik kt luar sana nu.Lu org mmg dibayar utk pecah kapla.SO?
2 comments:
Good blog.
Gua tau!
Post a Comment