Thursday, January 7, 2010

Antara Ahli Politik dan Ahli Agama

Entry kali ni pon,gua masih nak sentuh pasal UMNO dan kebijaksanaan perang saraf dia org.
Dah 50 tahun lebih bumi melayu ni merdeka,dan dah lebih 50 tahun jugak la PAS berjuang diatas landasan pembangkang.
Walaupon dah agak tua umur perjuangan PAS,tp bagi gua,ahli² agama dalam PAS yg menjelmakan diri mereka menjadi ahli politik,kadangkala tidak begitu cerdik perilaku nya.Memang gua akui,kalau bab² hukum hakam dalil dan segala macam perihal agama,tokoh² dalam PAS amat berwibawa sekali untuk membentang dan mengenengahkan sebarang lontaran idea mereka.
Namun begitu,dari beberapa sisi yg berkaitan dgn muslihat politik,kadangkala gua rasa,ahli² dan tokoh² dalam PAS kurang arif dan kurang pandai dalam menilai muslihat sebenar,kenapa sesuatu isu itu timbul dan dimanipulasi kan secukup rasa oleh pihak pemerintah,untuk mendapat advantage jangka panjang yg amat bermakna utk mereka.
Malas la gua nk tulis satu² akan apa jua isu yg timbul,yg pernah timbul,yg dah pon tak timbul² dan mcm² lagi isu.
Betapa setiap isu itu,jika tidak bijak ditangani,ianya secara berkala akan mendedahkan akan kebodohan sendiri,konon nak jadi juara dimata rakyat,walhal setelah dimanipulasi secukup rasa,akhirnya terduduk dek buah pihak lawan.
Gua dan ramai lagi pon sedar akan hal,bahawasanya pembangkang amat rasa seronok dengan kemenangan besar dlm PRU yg lepas,hingga membuat kita sangat alpa tentang buah² sulit pihak lawan,yg senantiasa menanti peluang untuk menerkam dan memastikan kita terduduk dan kalah dgn penuh malu.
Dalam PAS,gua rasa,tokoh yg benar² bijaksana dlm memberi apa² statement dan pendapat tak begitu ramai,gua rasa lagi ramai yg suka bagi pendapat,yg kesudahan nya akan menampak kan cacat cela dan kepandiran parti je.
Sebenarnya kalo ramai sgt yg nak bercakap,sudah nya akan jadi caca-marba dan sampah jugak sudah nya.Si polan tu mengatakan begitu,si polan ni mengatakan sebaliknya,kita berkokok mengatakan juak lawan tak sependapat,walhal kita sendiri kadang² 2 x 5 jugak,malahan ada masa² lebih nampak bangang dari juak lawan.
Hasilnya?Kita sama² lah tengok PRU akan datang.Kemenangan yg besar bukan semestinya kita harus menepok dada dan mengatakan kita adalah yg terbaik dan telah diterima oleh segenap manusia,ia juga mungkin percubaan untuk menguji iman kita² semua.Betapa kemenangan yg besar itu telah melalaikan kita,menambah ego didada,melupakan pada jasa² kecil rakyat marhaen yg banyak menyumbang.Gua benci dgn pemimpin yg ego,tak kira la lu BN ke,lu PAS ke.Masa belom dpt kuasa,cakap berdegar-degar,bila dah dpt kuasa,ada setengah tu saling tak tumpah dgn UMNO jgk,cam gampang!

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels