Saturday, September 4, 2010

Raya :Antara Agama,Sentimental Value dan Budaya


Tak berapa hari lagi,Umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan yg gilang gemilang,setelah berhempas pulas selama sebulan menjalani ibadah Puasa,yg menjadi kewajipan bagi setiap manusia yg beragama Islam disetiap pelusuk dunia.Walau susuk tubuh tu belom tentu puasa penuh,tak puasa langsung,puasa sekerat²,puasa penuh tapi tak solat,tapi rata² nya,setiap dari lu org kat luar sana,akan berhempas pulas untuk memenuhi tuntutan nafsu,untuk merayakan aidilfitri nanti dengan persiapan yg paling grand dan berhempas pulas..haha.
Mak bapak yg mana ada kemampuan lebih skit,akan berhempas pulas jugak utk memenuhi tuntutan anak²,dengan tak lupa jugak tuntutan bapak dan mak budak nya sekali.
Mana² yg tak mampu atau kurang kemampuan,atau kemampuan hanya ala kadar,mereka tetap jugak berusaha untuk membahagiakan orang² tersayang disekeliling mereka dgn persiapan yg semampu dan sehabis comei InsyaAllah..
Gua ingat masa gua kecik²,dalam tahun 70an,family gua bukan lah tergolong dlm family yg punya duit berkepok-kepok mcm sesetengah family skang.Zaman masa gua kecik²,gua hanya boleh merasa sepasang je pakaian raya plus sepasang gak kasut raya,tu pon bila usia dah semakin bertambah sikit,dan dah bersekolah,time ni kasut raya dan kasut sekolah adalah dua benda yg sama.
Kecik² dulu,nilai sepasang pakaian raya dan sepasang kasut raya tu,Tuhan saje yg tahu betapa gembira dan berbunga nya hati,dapat menggengam sepasang baju dan kasut raya,dibawa tidur bersama,dengan penuh rasa tak sabar menunggu utk digaya kan dihari raya.
Tu cite pasal pakaian,kalau cite pasal kueh raya plak,mmg jauh panggang dari api la dengan zaman skang ni.Rata² gua tengok,sejak beberapa belas tahun ni,tambah² dalam sepuluh tahun kebelakangan ni,kebanyakan kueh raya yg lu akan tengok dihidangkan kat atas meja,adalah kueh mueh orang² puteh,kalau lu nasib baik,lu akan jumpa la kueh² Melayu traditional,tu pon kalau lu pegi beraya dikawasan kampung,walaupon sebenarnya kawasan kampunng skang ni pon,yg berlambak kt atas meja adalah kueh mueh org puteh ( yg di claim sebagai kueh moden).
Bagi yg mls nak membuat sendiri,kueh² moden ni,lu bleh dapatkan kt mana² bazaar ramadhan,atau pon kt mane² pasaraya yg berlambak kt bandar² kt seluruh negara.
Dan sebenarnya,tanpa lu orang sedar,ni lah antara sebab nya "sentimental" value raya tu gua dah tak dapat nk rasa lagi,mungkin jugak sbb gua dah tak dpt nak tengok suasana zaman gua kecik² dulu,maka nya gua rasa sentimental raya tu dah makin kurang.
Bagi budak² zaman moden ni,mungkin dia org tak rasa kekurangan sentimental mcm yg gua rasa,sbb dia org lahir dalam zaman yg serba serbi mudah.Pakaian org tua dah sediakan dua tiga pasang,kueh mueh moden bermacam jenis.
Gua masih ingat arwah mak gua dulu,kalau dua minggu nk menjelang aidilfitri tu,maka bersusah payah lah arwah mak gua menyediakan putu kacang,kueh loyang,agar² kering,baulu,dan mcm² jenis lagi,yg gua pon tk dpt nk ingat semua nama tu lagi dah,sbb kebanyakan nya dah jarang sgt nk jumpa skang ni.
Kueh traditional ni,penyediaan nya amat lah cerewet dan rumit,ada yg perlu dijemur berminggu minggu ditengah panas,ada yg terpaksa di"pukul" didalam pasu besar sampai berpeluh peluh,ditambah dengan puasa,maka kerja "memukul" telur didalam pasu tu bukan lah kerja yg "mudah" jugak utk masa tu..haha.
Tapi tu seme lah sebenarnya yg menambahkan rencah kemanisan dan kenangan indah raya dulu².Ditambah lagi dengan payah nya nak balik kampung,terpaksa naik bas sambung²,bersesak sesak didalam bas yg sempit dan panas disiang hari dibulan puasa,semua nya adalah amat manis utk lu kenangkan dihujung² usia lu.Itulah kemanisan pengalaman hidup,yg tk dapat lu nak beli dgn duit lu yg berkepuk sekali pon.
Selamat Hari Raya gua ucap kan untuk teman².Maaf Zahir Batin dari gua,seorang manusia yg panas baran dan mudah marah..haha.Mudah mudahan panas baran gua ni akan pergi bersama pergi nya Ramadhan kali ni InsyaAllah..haha.

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels