Monday, March 2, 2009

Pekida buat aduan polis terhadap Gani Patail isu Kugan


Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Badan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) membuat laporan polis terhadap peguam negara yang mengklasifikasikan kematian A Kugan sebagai kes bunuh.

Mereka mendakwa kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kematian suspek curi kereta itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan majistret dan pakar patologi, lapor Bernama.

Laporan polis itu dibuat oleh pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman dan setiausaha BBRM Naseron Ismail di Ibu Pejabat
Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Roslan dipetik berkata aduan itu dibuat bagi memastikan tiada salah guna kuasa dan menuntut peguam negara agar tidak mengetepikan pandangan pihak lain.

"Gani mengetepikan pandangan kedua-dua individu itu apabila beliau mendakwa Kugan mati disebabkan dibunuh dan bukan disebabkan paru-paru berair seperti yang disahkan sebelum ini... justeru kita minta beliau mengkaji semula pandangannya itu," katanya selepas membuat laporan itu.

Roslan berkata kenyataan peguam negara itu boleh disalaherti dan dianggap seperti menggalakkan perlakuan jenayah serta memberi perlindungan kepada penjenayah.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata pasukan polis tidak sepatutnya dipersalahkan atas kematian Kugan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata siasatan akan dijalankan oleh polis Putrajaya berikutan kedua-dua badan pernah membuat laporan berhubung perkara yang sama di IPD Putrajaya pada 23 Jan lepas.

Kugan direman 15 Jan lalu bagi membantu siasatan polis dan meninggal dunia empat hari selepas itu semasa dalam tahanan polis.(sumber Malaysiakini.com.my)

Dengan kesan luka disana sini,dan kesan calar balar dibadan,masih ditekankan soal kematian adalah disebabkan masalah paru² berair?
PEKIDA ni pertubuhan samseng yg halal ke?

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels