Monday, September 13, 2010

Penjenayah Kejam dari Bar Council?

Lu org ingat,kes kematian sadis tragis 4 orang Muslim menjelang Aidilfitri,dimana mangsa dikatakan diikat tangan,dan disiksa,kemudian di cucuk dengan senjata tajam sampai mati.dah mati,mayat dipukul² sampai hancur,kemudian dibakar,ke guane?Ni bukan gua yg ckp,ni gua ambik dkt blog totok BN..haha.
Gua tak pasti kt mana dia dpt info pasal kronologi pembunuhan tu,cuma gua rasa,kalau betul benda tu jadi camgitu,mmg sah,dia org mmg hati kering.Dan jugak bagi gua,ada unsur racist dlm pembunuhan yg kejam sebegitu,lu org ingat tak cukup ke dgn bunuh "sahaja"?kenapa perlu seksa,tikam,lepas tu ketuk² mayat kasik hancur,then bakar?
So,mana suara² bantahan dari SUARAM,or mana² NGO,ahli² politik ke,tadek?sebok beraya lagi ke ustaz²?Mana pejuang keadilan Islam semua pegi?Raya tak abis lagi?Mana Herman Samsudin?Mana YDP Pas?Mana Ishamudin Tukar Tiub?
Mana pahlawan² Pekida?Mana ahli silat lincah dan Mahaguru Omar Din?Mana?Mana Raja Racist Ibrahim Ali?
Bila nak mula berjuang ni?Kalau nak menjadi pejuang sejati,jangan nak kira dia pangkah parti mana je,lu org kena berjuang untuk semua orang,keadilan untuk semua,Islam For All.Gerakan Islam perlu memulakan langkah dalam semua hal yg berkaitan masyarakat,jangan mudah menggelenjat kerana isu superimpose je.Isu² begini perlu diberi perhatian cepat dan diambil tindakan pantas,beri tekanan,biar ada keputusan yg jelas.
Jangan hanya reti buat press conferences je,tak cukup tu,tindakan kena lebih luas dan pelbagai,baru afdhol gaji sebagai ahli parlimen,YB etc etc tu semua.
Pihak polis pulak,jangan main sorok² fakta dan identiti,bila buat press conferences pon tergagap gagap nk sebut taknak sebut nama suspect,takleh mcm gitu,kena adil,sama rata,kalau lu salah,salah la.tak kira la lu sape,lu dari mana,duit lu sama tinggi dgn KLCC pon,lu dah salah,biar lah semua rakyat tahu sape lu.dan nanti kalau dibuat kes,dan lu terbukti tak bersalah sekalipon,takpe lah.Ke guane?haha..
Dulu Kugan mati,teoh beng hock mati,wah!meriah tuu perarakan menuntut keadilan,bagus la camgitu,cuma jangan ada sikap pilih² la,kurang rebelious la lu orang kalau mcm tu,slow,lambat pickup.Lu org nak main politik ni,kena "cargas",kena tau dan reti tengok suasana mana yg memihak pada lu,suasana tu ada pulangan untuk perjuangan lu,tindakan lu akan bagi tekanan sekian² dkt orang² atau pihak² tertentu,baru la afdhol duit rakyat yg buat bayar gaji riban² untuk lu org tu,baru la afdhol duit rakyat yg riban² buat lu orang mampu tukar iswara dgn 4x4..ke guane?
Nak berjuang,kalau betul ikhlas,isthiqamah or etc etc,first sekali jangan pentingkan perut lu.baru la berkat perjuangan.Kalau lu berjuang atas nama Islam,lu kena faham betul² kt mana prinsip Keadilan tu perlu dilaksanakan.Lu orang kena adil dgn diri lu sendiri,lepas tu lu orang kena adil dgn rakyat yg bayar cukai utk buat bayar gaji lu orang,baru la afdhol.
Mcm mana nk adil dgn diri sendiri dlm konsep ni?aish..panjang nk taip sini,mls aku!!!Lu org yg dah jadi pemimpin lagi pandai dari gua.jgn tanya la soalan bongok ok?haha.apa gua melalut pepagi buta ni?iskk..isap rokok dulu.,
Haa..satu lagi,itu hari diwarta berita kan di surat khabar,yg Almarhumah nk deal pasal hartanah bla bla bla dengan peguam tu rasanya,dan almarhumah jgk bawak duit cash,mana duit tu?Polis tkdk sentuh pon pasal duit tu,or awal lagi kut nk sentuh bab² duit ni,skang polis kena settle dgn forensik dengan saspek dengan mcm² lagi.Lu ingat jadi polis senang ke?Takat polis bawak motor ronda² pastu tahan indon tkdk permit keje,tu senang,ni bukan kecik anak punya kes,ye dak?hehe...Utk abg Polis semua.bekerja lah kerana itu amanah,bukan kerana pemerintah.

No comments:

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels