Sunday, September 19, 2010

Perang Dunia Cyber


Wah..tengahari ni gua bukak malaysiakini,tetiba jumpa nih.hahaha..
Apakah punca² terjadi nya benda camnih?gua bukan arif pasal benda gini.mungkin incik² mcm C++ ke,sape² ke bleh jawapkan,sbb gua mls nk google nk cari jawapan.khalashh...

Monday, September 13, 2010

Kalau

Kalau tembok penjara pudu boleh bercakap
dia pasti berlabon kenapa org tak pasang lilin,tak bersajak pasal pembunuhan kejam 4 org muslim yg sedang berpuasa
sedangkan waktu dia nak dirobohkan,ramai aktivis yg sedih,memasang lilin dan bersajak tentang dia
Kalau teo beng hock boleh hidup kembali
dia pasti bertanya,kenapa tiada demonstrasi pasal pembunuhan kejam 4 org muslim yg sedang berpuasa
sedangkan sewaktu kematian nya,ramai ahli politik pelbagai bangsa menyinsing lengan tidak berpuas hati
ramai aktivis yg menyalakan lilin memperingati kematian nya
Kalau Kugan hidup kembali
dia pasti bertanya,kenapa tiada demonstrasi pasal pembunuhan kejam 4 orang muslim yg sedang berpuasa
sedangkan sewaktu kematian nya,ada ahli politik yg menyerbu bilik mayat tanda protes dan tidak puas hati berkaitan cara kematian nya
mana aktivis membawa sepanduk dan lilin memperingati kematian nya
kalau altantuya hidup kembali
dia pasti bertanya,kenapa tiada demonstrasi pasal pembunuhan kejam 4 orang muslim yg sedang berpuasa
sedangkan waktu kematian nya,semua ahli politik yg prihatin berpencak silat cuba membela nya
ramai aktivis yg mengusung gambar dan menyalakan lilin memperingati kematian nya
Kalau lah..
kalau lah perjuangan kita jujur,kita akan turun sebagai Pekida,kita akan turun sebagai Mahaguru Omar Din,kita akan turun sebagai Perkasa,kita akan turun sebagai PR,kita akan turun sebagai TukarTiub,kita akan turun sebagai marhaen,kita akan turun sebagai rakyat,atas dasar keadilan,tanpa mengira bangsa,warna kulit,ahli politik parti mana.
Kita akan turun sebagai manusia yg lobang jubur kita mengeluarkan taik yg sama bau nya
Kita akan turun sebagai manusia yg lobang jubur nya mengeluarkan kentut yg sama bau nya
Kita harus turun atas nama keadilan.
Tidak kira siapa yg tertindas
Tidak kira siapa yg ditolak jatuh bangunan
Tidak kira siapa yg didera didalam tahanan
Tidak kira siapa yg ditembak mati oleh polis
Tidak kira siapa yg mati dikelar leher dan dibakar mayat nya
Tidak kira rumah dikampung siapa yg dirobohkan
Tidak kira siapa
Kita berjuang atas nama keadilan.
Kita harus berhenti dari berjuang bermuka-muka
Kita harus berhenti berjuang hanya untuk mendapat status Datuk
Kita harus berhenti berjuang hanya untuk mendapat status Senator
Kita harus berhenti berjuang hanya untuk meningkatkan ekonomi keluarga kita
Kita harus berhenti menyokong mereka² yg berjuang untuk perut semata-mata
Kita harus berhenti menjadi munafik
Kita harus berhenti menyokong orang munafik
Tak kira dari parti Islam,parti Hindu,parti Buddha,parti Timbang,party Tupperware,party Soilek.
Berhenti menyokong mereka,jika mereka hanya seorang munafik.

banyak dohl...

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Polis dilaporkan sedang menyiasat dan membuka semula fail sembilan kes lama — yang mirip modus operandi pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiring beliau yang disahkan mati kelmarin.

Siasatan awal polis menunjukkan kesemua mereka dibunuh dan kesan mayat dihilangkan menggunakan cara yang sama.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, kesemua yang dilaporkan hilang setakat dikaitkan dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan berhubung kes Sosilawati.

Kebanyakan kes lama membabitkan peguam.

Kedua-dua adik-beradik berkenaan dikatakan suspek utama kes empat mangsa terbaru ini yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir meninggalkan Kuala Lumpur 30 Ogos lalu.

Kelmarin, polis berkata pihaknya sedang menyiasat empat kes lama yang dilaporkan tahun lalu termasuk membabitkan seorang warganegara India ekoran pengakuan daripada suspek yang ditahan.

Akhbar The Star memetik Ketua Polis Pulau Pinang Timbalan Pesuruhjaya Datuk Wira Ayub Yaakob melaporkan, pihaknya akan membuka kes pembunuhan melibatkan seorang peguam R Thinakaran yang mati dibunuh pada 27 Julai 2009, peguam sivil kanan Datuk S.P. Annamalai pada 6 November 2007, peguam Chew Sien Chee, 39, pada 2 Mac 2000, peguam jenayah S. Pathmanathan, 29 pada 19 Oktober 1997 dan Triptipal Singh, 60 pada 15 Oktober 1992.

Akhbar itu juga berkata polis sedang menyiasat laporan orang hilang sepanjang tempoh 36 bulan lalu tetapi kebanyakan aduan dibuat tidak cukup bukti yang kukuh.

Laporan New Straits Times pula melaporkan kesemua empat mangsa terbaru mati selepas mereka dikelar oleh pembunuh mereka.


Sosilawati dikatakan menemui peguam-peguam terbabit untuk mendapatkan semula wang pendahuluan berhubung urusan jual beli sebidang tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang telah gagal.

Sosilawati dijanjikan wang yang mencecah jutaan ringgit itu akan dipulangkan tetapi perlu menemuinya di firma mereka di Banting.

Bagaimanapun peguam adik-beradik berkenaan dikatakan terkejut apabila mendapati Sosilawati datang bersama pegawai bank dan peguam sedangkan mereka menjangkakan Sosilawati hanya akan datang bersama pemandunya.

Mereka sepatutnya mengadakan pertemuan di firma peguam tetapi disebabkan pejabat tutup mereka bertemu di ladang ternakan yang terdiri daripada kemudahan mewah dan canggih.

Kesemua empat mereka dikatakan dibunuh pada hari yang sama.

Laporan sebelum ini menyebut mereka dipukul sampai mati dan kemudian dibakar.

Sementara itu, Berita Harian menyebut, senjata berbentuk cangkuk diguna untuk membunuh Sosilawati sebelum dibakar.

Akhbar itu melaporkan perkara tersebut didedahkan oleh seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa 'ladang maut' itu yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dipercayai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah.

Pusat penternakan itu juga mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih termasuk bilik karaoke.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu


Sumber lu google la sendiri...muhaha

Cepumas

Soalan-soalan adalah seperti berikut :

  1. Dalam pemilihan pucuk pimpinan parti,nyatakan persamaan diantara PKR dan UMNO?
Amenda la lu org tua dua tiga ekor ni,dah serupa UMNO gelagat nya,berebut jawatan dalam parti,mmg saling tak tumpah mcm induk lu orang yg bernama UMNO tu.Udah² la yeop,udah la berjuang untuk perut.Lu orang melalak lalak pasal kepincangan pemerintah,pasal masalah marhaen yg kebulur,yg tadak rumah bla bla bla,betul ke lu orang berjuang atas dasar keprihatinan lu orang dekat rakyat?
Gua tengok mcm tak rupa itu je...konpius gua,lu orang ni sangat tidak nampak sebagai genuine.

Penjenayah Kejam dari Bar Council?

Lu org ingat,kes kematian sadis tragis 4 orang Muslim menjelang Aidilfitri,dimana mangsa dikatakan diikat tangan,dan disiksa,kemudian di cucuk dengan senjata tajam sampai mati.dah mati,mayat dipukul² sampai hancur,kemudian dibakar,ke guane?Ni bukan gua yg ckp,ni gua ambik dkt blog totok BN..haha.
Gua tak pasti kt mana dia dpt info pasal kronologi pembunuhan tu,cuma gua rasa,kalau betul benda tu jadi camgitu,mmg sah,dia org mmg hati kering.Dan jugak bagi gua,ada unsur racist dlm pembunuhan yg kejam sebegitu,lu org ingat tak cukup ke dgn bunuh "sahaja"?kenapa perlu seksa,tikam,lepas tu ketuk² mayat kasik hancur,then bakar?
So,mana suara² bantahan dari SUARAM,or mana² NGO,ahli² politik ke,tadek?sebok beraya lagi ke ustaz²?Mana pejuang keadilan Islam semua pegi?Raya tak abis lagi?Mana Herman Samsudin?Mana YDP Pas?Mana Ishamudin Tukar Tiub?
Mana pahlawan² Pekida?Mana ahli silat lincah dan Mahaguru Omar Din?Mana?Mana Raja Racist Ibrahim Ali?
Bila nak mula berjuang ni?Kalau nak menjadi pejuang sejati,jangan nak kira dia pangkah parti mana je,lu org kena berjuang untuk semua orang,keadilan untuk semua,Islam For All.Gerakan Islam perlu memulakan langkah dalam semua hal yg berkaitan masyarakat,jangan mudah menggelenjat kerana isu superimpose je.Isu² begini perlu diberi perhatian cepat dan diambil tindakan pantas,beri tekanan,biar ada keputusan yg jelas.
Jangan hanya reti buat press conferences je,tak cukup tu,tindakan kena lebih luas dan pelbagai,baru afdhol gaji sebagai ahli parlimen,YB etc etc tu semua.
Pihak polis pulak,jangan main sorok² fakta dan identiti,bila buat press conferences pon tergagap gagap nk sebut taknak sebut nama suspect,takleh mcm gitu,kena adil,sama rata,kalau lu salah,salah la.tak kira la lu sape,lu dari mana,duit lu sama tinggi dgn KLCC pon,lu dah salah,biar lah semua rakyat tahu sape lu.dan nanti kalau dibuat kes,dan lu terbukti tak bersalah sekalipon,takpe lah.Ke guane?haha..
Dulu Kugan mati,teoh beng hock mati,wah!meriah tuu perarakan menuntut keadilan,bagus la camgitu,cuma jangan ada sikap pilih² la,kurang rebelious la lu orang kalau mcm tu,slow,lambat pickup.Lu org nak main politik ni,kena "cargas",kena tau dan reti tengok suasana mana yg memihak pada lu,suasana tu ada pulangan untuk perjuangan lu,tindakan lu akan bagi tekanan sekian² dkt orang² atau pihak² tertentu,baru la afdhol duit rakyat yg buat bayar gaji riban² untuk lu org tu,baru la afdhol duit rakyat yg riban² buat lu orang mampu tukar iswara dgn 4x4..ke guane?
Nak berjuang,kalau betul ikhlas,isthiqamah or etc etc,first sekali jangan pentingkan perut lu.baru la berkat perjuangan.Kalau lu berjuang atas nama Islam,lu kena faham betul² kt mana prinsip Keadilan tu perlu dilaksanakan.Lu orang kena adil dgn diri lu sendiri,lepas tu lu orang kena adil dgn rakyat yg bayar cukai utk buat bayar gaji lu orang,baru la afdhol.
Mcm mana nk adil dgn diri sendiri dlm konsep ni?aish..panjang nk taip sini,mls aku!!!Lu org yg dah jadi pemimpin lagi pandai dari gua.jgn tanya la soalan bongok ok?haha.apa gua melalut pepagi buta ni?iskk..isap rokok dulu.,
Haa..satu lagi,itu hari diwarta berita kan di surat khabar,yg Almarhumah nk deal pasal hartanah bla bla bla dengan peguam tu rasanya,dan almarhumah jgk bawak duit cash,mana duit tu?Polis tkdk sentuh pon pasal duit tu,or awal lagi kut nk sentuh bab² duit ni,skang polis kena settle dgn forensik dengan saspek dengan mcm² lagi.Lu ingat jadi polis senang ke?Takat polis bawak motor ronda² pastu tahan indon tkdk permit keje,tu senang,ni bukan kecik anak punya kes,ye dak?hehe...Utk abg Polis semua.bekerja lah kerana itu amanah,bukan kerana pemerintah.

Koroklogi

OK..memula cite dia stat gini..then pastu camni pulak statement dari IGP Musa Hassan.Dengan statement dari IGP tu,mungkin ahli keluarga mangsa hilang tu terasa sedikit lega dan ada harapan sket la.
Tapi tetiba pulak ada statement ni pulak dah dari IGP dan polis² lain.Aiseh..guane gitu?Tapi ye la kan,polis mesti nk melindungi kerja² siasatan mereka bla bla bla kan..tapi kalau yg terlibat tu org yg bergelar peguam dan berpangkat datuk,mmg letih la nak cover..
Tapi akhir nya,arwah jugak mereka² dikerjakan dek binatang² yg gila dunia,dan ada title Datuk,dan sudah semesti nya ada kaitan dengan ahli² politik.Ahli politik dari pihak mana,toksah buat bangang la kalau org takleh agak kan.So..kita mmg kena teruskan menyokong BN@UMNO untuk kekalkan keamanan negara.Motto tu bleh pakai ke??

Sunday, September 12, 2010

Takziah!

Takziah buat ahli keluarga mangsa bunuh dan bakar.
Nampak nya siri² pembunuhan kejam semakin hari semakin berleluasa.Takpe,as long as kita undi BN,negara akan kekal aman..(tetiba gua rasa nak muntah)

*Takziah buat bonda Kamal "King",semoga pembunuh yg terbabit dihukum setimpal dengan perbuatan mereka..

Wednesday, September 8, 2010

Ralat

setelah kekecohan demi kekecohan,hari ini gua mengambil sedikit ruang masa meng-goggle dan mencari jawapan dan pendapat dari manusia² blogger lain di ruang maya ini,berkaitan isu iklan raya TV3,maka nya gua mengambil keputusan untuk men-delete entry² yg berkaitan iklan raya yg telah gua post kan beberapa hari yg lepas.apa yg dah gua jumpa dan diulas oleh mereka² diluar sana adalah hak mereka,dan penerimaan gua jugak adalah hak gua,maka gua mengambil jalan tengah,dengan mendelete entry² tersebut.apa jawapan yg gua dapat dan jumpa adalah hak milik peribadi gua sendiri.sape nk tau google la sendiri.muhaha.
gua rasa ulasan gua sangat tidak adil dan tidak ilmiah,sbb gua pon tidak berapa cerdik sgt org nya,so gua mengambil kesimpulan,kali ni gua silap.gua khilaf dan gua cepat melatah.gua cuma manusia marhaen biasa,so gua tolak ego gua ke tepi dan gua mengaku akan kesilapan gua.
mudah mudahan tindakan gua ini tidak silap.niat gua cuma ingin menegak kan yg haq,namun kadang² gua pon mungkin melakukan kesilapan.walloh huaklam.

Monday, September 6, 2010

Kepintaran Pemimpin Mengawal Emosi dan Menangani Isu

Entry ni gua mmg tk tulis panjang,sbb nya gua dah tulis dah pun dkt entry yg lepas,kalau ditulis pon benda ttp sama gak,bukan tahap gua nk ubah satu organisasi dan pemikiran orang lain,gua tulis ni sekadar melepaskan sesak dada gua je.
Dari dulu lagi,gua perhatikan,cukup ramai ahli politik dari pembangkang,yg mudah melatah dengan satu² isu,walaupon bilangan nya tak ramai,tp impak nya cukup untuk menampak kan pandir dan mencacat pola pemikiran rakyat marhaen dalam menilai ahli politik.
Emosi ni mmg,walau lu grad dari universiti mana pon,bukan kerja mudah nak menjinak dan mencerdik kan emosi sendiri,banyak org belajar tinggi²,tapi berkesudahan dengan berfikir menggunakan kepala lutut,so apa lah sangat marhaen mcm gua nih,lagi la barai dlm mengawal emosi.
Buat abg² yg ada jawatan dalam parti tu,abg² yg pernah menjawat jawatan,yg telah dilepaskan jawatan secara terpaksa,dan sape² saje yg berkenaan(yg berjawatan),molek lah kira nya baca buku "The Art of War" tuh..haha,jangan biarkan SPRM je baca,lu org yg dari Islamic Party pon patut baca,ilmu tuh,jgn pilih bulu.Dan lagi,gua harap kan dkt lu org yg memimpin tu,belajar² berfikir sebelom keluarkan statement,sblm buat press conference or what so ever lah,guna akal lebih dari yg pernah guna sekarang.
Cari isu yg lebih global dan cerdik utk dimainkan,lu jangan ingat rakyat marhaen kat bawah ni semua tahap ayam pemikiran dia,walaupon ada marhaen yg kat bawah ni lepasan SPM,keje cangkul tanah kubur je,kerja buat kway teow kerang je,kerja print t'shirt je ke,kerja bukak cyber cafe je ke,ni seme manusia² yg Tuhan berikan pemikiran yg mungkin lebih bagus dari kebanyakan org² yg belajar tinggi,tapi IQ tahap rendah.Wassalam.Hakk Pthuihhhh..

Saturday, September 4, 2010

Pertubuhan Peribumi Perkasa


Perkasa ni gua tengok makin hari makin terserlah ke-intelekan mereka.Samada Pemimpin nombor satu dia Incik Ibrahim Ali(yg baru ni cadang² nak buat solat hajat selepas solat Asar),atau pon juak² dia yg lain.
Gua dok tengok selama ni pasal perkasa,gua dok kaji² dengan tahap IQ gua yg sekolah takat Form 5 ni,gua tak nampak satu agenda global yg ikhlas dari Perkasa dan Presiden nya.Dekat Malaysia ni,kalau sorang politician tu buat apa² pertubuhan,payah nk tengok keikhlasan dia betul² berjuang untuk kepentingan bangsa@komuniti keliling dia,melainkan dia mmg ada hidden agenda untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin persatuan atau pon penaja² pertubuhan.
Sebelom ni ramai dah gua baca dekat blog² dan forum²,ramai yg duk tibai dan cakap dkt Incik Berahim suruh ganti kan Perkasa tu jadi sebuah parti politik untuk survival politik dia.
Gua pon pernah dok pikir² bahawa mmg kesudahan Perkasa ni satu hari pasti diperkuda kan oleh seseorang untuk kelansungan periuk nasik dia,dan kebarangkalian tu gua rasa tak lama lagi akan dizahirkan oleh Incik Ibrahim Ali ni.
Makin sehari ke sehari gua tengok tahap bangang khinzir Perkasa ni makin menjadi-jadi,sesekali gua rasa malu je disebab kan gua ni melayu,ibrahim ali tu melayu,gua ni islam,ibrahim ali tu pon islam gak,tapi banyak tindak tanduk dia sebenarnya makin mempalitkan rasa malu dan menjatuhkan maruah bangsa melayu dan umat islam malaysia ni sendiri.Rata² org boleh ckp bahawa mentaliti org² Melayu Islam Malaysia ni mcm Ibrahim Ali ni ke?
Rentak penentangan dia makin menampak kan 'bias" bodoh dia,makin menampakan tidak cerdik nya dia,dan makin menghodohkan wajah Melayu Islam tu sendiri.
Weii Brahim,lu nak melingkup ke,lu nak mampus ke,lu nak haper ke,tlg la jangan heret imej Melayu Islam bongok lu tu bersama,tlg la jgn palitkan kebusukan dan kehodohan lu tu kat seme org Melayu Islam yg ada kt bumi malaysia ni.Gua benci la dgn sikap dan perangai lu,gua tak heran la lu ahli politik bebas ke ahli politik PAS ke,lu pernah grad universiti mana skalipon,lu ingat gua pelik dan heran sgt ke?
Yg buat gua pelik skang ni ialah pasal kebodohan lu yg makin hari makin bertingkat-tingkat,dah la lu bongok,lu palitkan sekali bodoh lu tu dekat org lain,amenda jenis manusia la lu,ckp berdegar degar mcm samseng,samseng sgt ke lu?gedebe?keting keras sgt ke?
So,kalau betul la Perkasa akan jadi pertubuhan politik,mmg gua sgt alu-alukan,nanti lu dan juak² yg bodoh seme tu bleh bertanding atas tiket Perkasa or whatever,nanti cite² BOS BESAR penaja PERKASA tu pon boleh terkubur sama dgn lu org seme.pegi mampos mkn tanah.
Lu dgn BOS lu yg mari dari Kerala yg dok mengaku Melayu tu mmg elok pegi mampos.Lagi cepat lu seme mampos,lagi cepat Malaysia ni boleh di baik pulih dari kerosakan moral,kerosakan intelektual dan segala mcm kerosakan yg BOS lu dulu tu pernah buat.
Mlm ni gua akan doakan lu dgn bos lu tu makin cepat melingkup,moga Malaysia akan cepat aman.Hak pthuihh!!!

Raya :Antara Agama,Sentimental Value dan Budaya


Tak berapa hari lagi,Umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan yg gilang gemilang,setelah berhempas pulas selama sebulan menjalani ibadah Puasa,yg menjadi kewajipan bagi setiap manusia yg beragama Islam disetiap pelusuk dunia.Walau susuk tubuh tu belom tentu puasa penuh,tak puasa langsung,puasa sekerat²,puasa penuh tapi tak solat,tapi rata² nya,setiap dari lu org kat luar sana,akan berhempas pulas untuk memenuhi tuntutan nafsu,untuk merayakan aidilfitri nanti dengan persiapan yg paling grand dan berhempas pulas..haha.
Mak bapak yg mana ada kemampuan lebih skit,akan berhempas pulas jugak utk memenuhi tuntutan anak²,dengan tak lupa jugak tuntutan bapak dan mak budak nya sekali.
Mana² yg tak mampu atau kurang kemampuan,atau kemampuan hanya ala kadar,mereka tetap jugak berusaha untuk membahagiakan orang² tersayang disekeliling mereka dgn persiapan yg semampu dan sehabis comei InsyaAllah..
Gua ingat masa gua kecik²,dalam tahun 70an,family gua bukan lah tergolong dlm family yg punya duit berkepok-kepok mcm sesetengah family skang.Zaman masa gua kecik²,gua hanya boleh merasa sepasang je pakaian raya plus sepasang gak kasut raya,tu pon bila usia dah semakin bertambah sikit,dan dah bersekolah,time ni kasut raya dan kasut sekolah adalah dua benda yg sama.
Kecik² dulu,nilai sepasang pakaian raya dan sepasang kasut raya tu,Tuhan saje yg tahu betapa gembira dan berbunga nya hati,dapat menggengam sepasang baju dan kasut raya,dibawa tidur bersama,dengan penuh rasa tak sabar menunggu utk digaya kan dihari raya.
Tu cite pasal pakaian,kalau cite pasal kueh raya plak,mmg jauh panggang dari api la dengan zaman skang ni.Rata² gua tengok,sejak beberapa belas tahun ni,tambah² dalam sepuluh tahun kebelakangan ni,kebanyakan kueh raya yg lu akan tengok dihidangkan kat atas meja,adalah kueh mueh orang² puteh,kalau lu nasib baik,lu akan jumpa la kueh² Melayu traditional,tu pon kalau lu pegi beraya dikawasan kampung,walaupon sebenarnya kawasan kampunng skang ni pon,yg berlambak kt atas meja adalah kueh mueh org puteh ( yg di claim sebagai kueh moden).
Bagi yg mls nak membuat sendiri,kueh² moden ni,lu bleh dapatkan kt mana² bazaar ramadhan,atau pon kt mane² pasaraya yg berlambak kt bandar² kt seluruh negara.
Dan sebenarnya,tanpa lu orang sedar,ni lah antara sebab nya "sentimental" value raya tu gua dah tak dapat nk rasa lagi,mungkin jugak sbb gua dah tak dpt nak tengok suasana zaman gua kecik² dulu,maka nya gua rasa sentimental raya tu dah makin kurang.
Bagi budak² zaman moden ni,mungkin dia org tak rasa kekurangan sentimental mcm yg gua rasa,sbb dia org lahir dalam zaman yg serba serbi mudah.Pakaian org tua dah sediakan dua tiga pasang,kueh mueh moden bermacam jenis.
Gua masih ingat arwah mak gua dulu,kalau dua minggu nk menjelang aidilfitri tu,maka bersusah payah lah arwah mak gua menyediakan putu kacang,kueh loyang,agar² kering,baulu,dan mcm² jenis lagi,yg gua pon tk dpt nk ingat semua nama tu lagi dah,sbb kebanyakan nya dah jarang sgt nk jumpa skang ni.
Kueh traditional ni,penyediaan nya amat lah cerewet dan rumit,ada yg perlu dijemur berminggu minggu ditengah panas,ada yg terpaksa di"pukul" didalam pasu besar sampai berpeluh peluh,ditambah dengan puasa,maka kerja "memukul" telur didalam pasu tu bukan lah kerja yg "mudah" jugak utk masa tu..haha.
Tapi tu seme lah sebenarnya yg menambahkan rencah kemanisan dan kenangan indah raya dulu².Ditambah lagi dengan payah nya nak balik kampung,terpaksa naik bas sambung²,bersesak sesak didalam bas yg sempit dan panas disiang hari dibulan puasa,semua nya adalah amat manis utk lu kenangkan dihujung² usia lu.Itulah kemanisan pengalaman hidup,yg tk dapat lu nak beli dgn duit lu yg berkepuk sekali pon.
Selamat Hari Raya gua ucap kan untuk teman².Maaf Zahir Batin dari gua,seorang manusia yg panas baran dan mudah marah..haha.Mudah mudahan panas baran gua ni akan pergi bersama pergi nya Ramadhan kali ni InsyaAllah..haha.

Thursday, September 2, 2010

'Gurau' dengan TNB: Hassan Skodeng didakwa


.... Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini (sumber Malaysiakini)
Malaysia Boleh!Ni lah Malaysia,kalau lu konglomerat,lu boleh buat apa saja.Lu bleh saman menyaman,lu boleh claim,lu bleh naik kan tarif,CEO lu bleh dpt gaji puloh² ribu sebulan,lu bleh etc etc etc
Gua sebenarnya mmg bercadang untuk menyaman TNB disebabkan satu kes,tapi gua rasa awal² lagi gua tkleh menang.Namun ape² pon,gua masih menunggu feedback dari pihak kewangan TNB berkaitan masalah gua,setakat hari ni,gua baru menunggu 3 bulan,hanya untuk mendapat sekeping surat tunjuk sebab dari pihak TNB,baru 3 bulan bhai,bukan 3 kurun,stended la Malaysia Boleh land ni,kalau lu bukan sape²,kalau lu tak dtg berurusan bawak lawyer,lu tunggu je la sampai dia org respons pasal masalah lu tu,bila dia org rasa dia org free,bila dia org dah takdak benda nk buat,takdak buah mempelam dah nk dicicah dgn kicap sambil borak² dan main kutu kat opis,hah!! masa tu maybe dia akan reply la surat lu.
Hahaha..takper,gua punya kesabaran untuk menunggu,dan gua jugak teringat kata² Ustaz Shamsuri.."kalau lu tk dpt keadilan akibat ditindas dari manusia,takpe..nanti Tuhan akan balas kesabaran lu tu"so?Gua ingat gua nk sabar dan tengok keadaan camne,tengok la sampai limit gua bleh tahan takat mana..hahaha!!InsyaAllah!!

Mein Kampf


Di internet skang kalut dgn fakta² berkaitan Nazi,Hitler,Islam dan Mein Kampf.Gua try google,dan gua jumpa banyak blog² dan tak ketinggalan dlm fesbuk terdapat link² yg berkaitan dgn fakta perihal Hitler dan Nazi ni.
Maza sendiri dlm blog dia,mengulas secara panjang lebar(gua tk baca habis pon lagi) berkaitan hal nih.Tak kurang jgk gua terbaca ulasan dari para blogger yg "educated dan liberal"(org² muda berpendidikan tinggi yg liberal dan amat gemar melabel kan org yg berserban sebagai "serbanistas"atau dlm bahasa gampang nya ialah puak² agama yg poyo).
Well,gua apa heran dgn pendapat org semua,sbb dia org tulis dlm blog dia,so gua tk pedulik apa terma apa gelaran apa pendapat.utk gua menyerang berhujah dgn dia org pon,gua punya knowledge ciput sgt,gua belajar takat tingkatan 5 sekolah Melayu,gua bukan sekolah kt oversea pon,so apa yg terdaya gua hanya menentang dlm kepala otak gua saja.
Asal gua tau kt mana gua seharus nya berdiri,diatas jalan mana,itu sudah memadai buat gua dalam masa terdekat ini.
Berbalik kepada isu Hitler ini konon nya muslim@tentera nya ada yg muslim bla bla bla,gua sendiri tak dpt nk pastikan kebenaran hanya dengan membaca beberapa blog yg pro dan kontra,dan juga buku yg cukup terkenal hasil tulisan Hitler sendiri "Mein Kampf" yg gua tak abis baca pon,sbb nya?
Sebab nya dia diterjemah dalam bahasa Kolonial(org putih),disebab kan gua ni anti penjajah sgt²,maka gua tak dpt nk baca Mein Kampf yg dalam bahasa penjajah tu sampai habis...hahaha.
Walau apa pon persoalan dan huraian berkenaan hal Nazi,Hitler dan bla bla bla tu,ia nya takan merubah banyak hal dan konflik yg berlaku disekitar dunia Islam hari ini,selagi Daulah Islamiah belom tertegak,selagi itu lah umat Islam akan terus di perkotak katik kan,diperkecil kan,sama ada oleh org Kafir maupun oleh orang² Islam sendiri.
Moral nya?Moral nya gua rasa,gua taknak ambik port sgt pasal hal ni,betul atau salah nya tak menyumbang apa² untuk diri gua,pasal org lain,gua tak tau.Masing² punya perut,masing² punya selera,kita menyatakan sesuatu itu batil,walhal kadangkala org lain menyatakan sesuatu hal itu adalah kebenaran.
Apa sekalipon konflik dan isu,hanya satu penyelesaian,berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah.Toksah pening² kepala nk pikir pasal konspirasi dunia,konspirasi Freemason dan sebagainya.Lu kalut dok pikir tu semua,sampai lu laqho apa ada hal?
Aish...apa gua melalut nih?ihh ihh ihh..isap rokok dulu.

Wednesday, September 1, 2010

Tuhan

Tuhan
Gua banyak berdosa dulu²
Gua banyak berdosa tahun lepas
Gua banyak berdosa bulan lepas
Gua banyak berdosa minggu lepas
Gua banyak berdosa pada jam² yg lepas
Ampun kan gua

Gua banyak khilaf
Gua banyak laqho
Gua banyak berlibur
Gua banyak mengejar dunia
Gua banyak menentang
Gua banyak mengherdik
Ampunkan Gua

Tetap kan lah hati gua diatas jalan Mu
Jangan lagi diubah ubah akan hati gua ini.

Lailatul Qadr

Ironi nya,ramai yg mencari akan "lailatul qadr",disulami pelbagai cerita² yg superb tentang keajaiban yg berlaku di malam tersebut,tapi amat sedikit manusia yg benar² mencari makna sebenar akan lailatul qadr itu sendiri,amat sedikit yg cuba memahami akan "roh" lailatul qadr itu sendiri.mereka hanya menerima nya bulat² zaman berzaman,turun temurun.mereka amat malas menggali akan isi lailatul qadr itu sendiri.
"jangan kau cari akan lailatul qadr,biar kan ia datang mencari kamu".gua tk pasti sape yg sebut quote ni beberapa hari yg lepas,samada gua dgr dekat IKIM atau gua terbaca dkt internet,atau gua dengar dari kuliah azhar idrus yg gua pasang dkt pc gua.walau apa pon,quote ni buat gua berfikir fikir beberapa hari ni,bahawa betapa khilaf nya gua dulu²...subhanalloh.

Thursday, June 17, 2010

BUDU dan Kejatuhan Sang Penguasa

BUDU!memey sedak.sedak senghoti.sungguh.tobak.tok nawok.Sabik kor budu ni la kawe sari duor ni perut kohor naik,serakk serakk..bucit molek,doh nok samo bucik dengey ore tino kawey hok ngandung anok nombor duor.
Sebenarnyor,kawe tulih ni sebak kor sorey ni royat "BUDU-terminalogi baru"..hahahaha..takpor,dior tok tahu mugo dior orey Perok nuh.Blaa lah kodior,dior bukey saloh gapor pong.
BUDU hok daley gamba tu memey budu la,tp hok terminalogi ni benarnyor kawe nok royak,dior bukey hok baru,lamor doh kawe dengey ghu² paka.
Bu=Burit
Du=Duit
Bukey niat nok caruk ngapor dok.Cumor goni,kitor kena terbuko la sikik minda,dekneh?Sabik kor toksey nok bukok sikik palor hotok tu la kitor duduk lagu ni hari ni,padey pah ceroh nyor kecing demo.
Ok,sambung pasa terminalogi tu takdih,gini,lagu ni benanyor.
Burit dengey duit ni,kuasor dia kuat ghu,sungguh.Demo buleh kelih sediri la,kaji la,kalu demo² rajin,berapa banyok "penguasa" hok jatuh,hok iley kuaso sabik korr burit dengey duit nih.Toksoh cari jauh lar,tengok Perak sudoh,mulor² oyat rasuah sex,lepah pador tuh,buleh pitih,pah gak?
Tu la ghu,dunior akhir zamey,mulut royak Isley Isley Isley,hati royak buret buret buret,duit duit duit,relor wat gapo sajor.Imey nipih,nok kator takdok lalu imey,sero tok datey ati..haha..
Mapuh bahey tanoh.Sedak weih BUDU!!!

Empayar Pukimak!!


Ni gua sesak napas baca!@&#$)!_@@#
Gua ni bukan nya nk anti kerajaan@pembangkang membuta tuli,cuma satu perkara dlm Malaysia ni yg gua cukup cukup cukup tak berkenan.
Dari gua kecik dan tak paham,sampai gua dah tua dan dah paham,satu perkara ni mmg payah btol nak berubah.Baik dari pemimpin tertinggi,sampai la membawak ke pemimpin² kecik,kenapa?kenapa?kenapa susah sgt "kita" nak mengamal kan kematangan dan ketelusan dlm urusan politik negara?kenapa susah sangat utk "kita²" yg kat atas tu, especially untuk bersikap lebih terbuka,bermaruah,telus dan ada telur dlm menangani apa saja hal dan isu yg berkaitan tentang apa saja pasal rakyat,negara,aset negara,pertahanan negara bla bla bla.
Kenapa "kita²" yg beragama Islam ni,dlm sesetengah perkara bersikap lagi "kapir" dari org kapir kat negara² kapir nun di sana dan sinun?
Ngape yeop ngape?ngape kome seme?bute?tak sedor?takmo berubah?
Kita seme kena berjuang utk hidup lebih bermaruah dan ada harga diri!Udah² la berperangai huduh dan buruk lebih dari kapir.Yang salah,kita jgn kira dia belah mana,tetap kita kena pastikan depa dpt hukuman.Sekian.Wassalam.Hakkk Phuihhh!!!

Friday, March 12, 2010

Malas yg amat FAKAP!!

Malas tahap dewa nk update blog.sbb bukan ada org pon yg masuk blog gua.so.ada apa hal kalo tk hapdet pon.bior la.ada jgk gua buat blog ni tmpt donlod movie je sudahnya.heh heh...

Thursday, January 7, 2010

Antara Ahli Politik dan Ahli Agama

Entry kali ni pon,gua masih nak sentuh pasal UMNO dan kebijaksanaan perang saraf dia org.
Dah 50 tahun lebih bumi melayu ni merdeka,dan dah lebih 50 tahun jugak la PAS berjuang diatas landasan pembangkang.
Walaupon dah agak tua umur perjuangan PAS,tp bagi gua,ahli² agama dalam PAS yg menjelmakan diri mereka menjadi ahli politik,kadangkala tidak begitu cerdik perilaku nya.Memang gua akui,kalau bab² hukum hakam dalil dan segala macam perihal agama,tokoh² dalam PAS amat berwibawa sekali untuk membentang dan mengenengahkan sebarang lontaran idea mereka.
Namun begitu,dari beberapa sisi yg berkaitan dgn muslihat politik,kadangkala gua rasa,ahli² dan tokoh² dalam PAS kurang arif dan kurang pandai dalam menilai muslihat sebenar,kenapa sesuatu isu itu timbul dan dimanipulasi kan secukup rasa oleh pihak pemerintah,untuk mendapat advantage jangka panjang yg amat bermakna utk mereka.
Malas la gua nk tulis satu² akan apa jua isu yg timbul,yg pernah timbul,yg dah pon tak timbul² dan mcm² lagi isu.
Betapa setiap isu itu,jika tidak bijak ditangani,ianya secara berkala akan mendedahkan akan kebodohan sendiri,konon nak jadi juara dimata rakyat,walhal setelah dimanipulasi secukup rasa,akhirnya terduduk dek buah pihak lawan.
Gua dan ramai lagi pon sedar akan hal,bahawasanya pembangkang amat rasa seronok dengan kemenangan besar dlm PRU yg lepas,hingga membuat kita sangat alpa tentang buah² sulit pihak lawan,yg senantiasa menanti peluang untuk menerkam dan memastikan kita terduduk dan kalah dgn penuh malu.
Dalam PAS,gua rasa,tokoh yg benar² bijaksana dlm memberi apa² statement dan pendapat tak begitu ramai,gua rasa lagi ramai yg suka bagi pendapat,yg kesudahan nya akan menampak kan cacat cela dan kepandiran parti je.
Sebenarnya kalo ramai sgt yg nak bercakap,sudah nya akan jadi caca-marba dan sampah jugak sudah nya.Si polan tu mengatakan begitu,si polan ni mengatakan sebaliknya,kita berkokok mengatakan juak lawan tak sependapat,walhal kita sendiri kadang² 2 x 5 jugak,malahan ada masa² lebih nampak bangang dari juak lawan.
Hasilnya?Kita sama² lah tengok PRU akan datang.Kemenangan yg besar bukan semestinya kita harus menepok dada dan mengatakan kita adalah yg terbaik dan telah diterima oleh segenap manusia,ia juga mungkin percubaan untuk menguji iman kita² semua.Betapa kemenangan yg besar itu telah melalaikan kita,menambah ego didada,melupakan pada jasa² kecil rakyat marhaen yg banyak menyumbang.Gua benci dgn pemimpin yg ego,tak kira la lu BN ke,lu PAS ke.Masa belom dpt kuasa,cakap berdegar-degar,bila dah dpt kuasa,ada setengah tu saling tak tumpah dgn UMNO jgk,cam gampang!

Tuesday, January 5, 2010

my point of view

Dalam banyak² isu gile kebelakangan ni,gua cuma terpanggil utk menulis perihal yg satu ini.
Isu penggunaan kalimah Allah.
Bagi gua la,kes tuntutan ni takan menang kat mahkamah aritu kalau takda permainan politik dari ahli-ahli pikir perang saraf UMNO.Hakim cikai tu ingat berani nk decide kalau takda arahan dari pihak yg berkuasa ke?
Ni semua permainan politik,untuk political mileage Najib dan UMNO keseluruhan nya,takda lebih dari tu.Mereka biarkan kes tuntutan tu menang,dan lepaskan anjing media menyalak,bila anjing media dah menyalak,maka muncul lah suara² dan pandangan² dari pelbagai pihak yg dimanipulasi secukup rasa untuk menampakkan yg bahawasanya pihak oposisi berselisih pendapat dalam isu ini,dan dipihak kerajaan pula,digambarkan mereka² sebagai wira membela bangsa dan agama.
Hah..Ni seme ni teori dan permainan lama la,sape² yg kt dalam bidang politik tkleh tackle benda mcm ni,elok letak jawatan la.
Gua tengok,nik aziz dgn pandangan dia,Haron Din dgn pandangan dia,Maza dgn pandangan dia,pendapat sebenarnya bagus,membuka ruang minda utk berfikir dgn lebih cantek,cuma kadang²,jangan laju sangat keluarkan statement,tak pandang kiri kanan dah,mcm Nasharudin,kan main suka la masuk tv,bagi statement..pom pom pom bla bla bla,padahal puak² perancang gelak guling² menengok kan ke"pandiran" kita.
Kadang² lebih perlu utk kita melihat dahulu langkah dan bunga dan buah pihak lawan,baru lah cagarkan diri utk bertarung.Takat pakai kopiah atas kepala,gua pon pakai kopiah gak,tak semestinya kadang² tu kita tak bertindak sedikit bodoh.

My Profile

My photo
ini blog gua.pendapat dari otak dan isi perut gua.org tak suka,gua takleh buat ape.

My Blog List

My restless Mind

We have shown that Islam can rule the world perfectly for 14 centuries, and during this time of Muslim power we did not borrow ideas like democracy from others, so why do we need to learn democracy from them now?- Abu Bakar Bashir
Sons of Islam everywhere, the jihad is a duty - to establish the rule of Allah on earth and to liberate your countries and yourselves from America's domination and its Zionist allies, it is your battle - either victory or martyrdom - Syeikh Ahmad Yassin
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

My Blog Archive

My Labels